New Zealand buka pintu sempadan - Utusan Malaysia

New Zealand buka pintu sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: New Zealand membuka pintu sempadan negaranya secara berperingkat bermula tahun depan untuk mana-mana individu yang lengkap divaksin.

Memetik laporan BBC,  dalam fasa pertama pembukaan semula pintu sempadan, warga New Zealand yang sudah divaksin sepenuhnya yang kini berada di Australia dibenarkan pulang pada 16 Januari depan.

Menteri Tindakan Covid-19, Chris Hipkins berkata, rakyat New Zealand yang berada di semua negara lain pula akan dibenarkan masuk mulai 13 Februari 2022.

“Pengembara asing akan menjadi kumpulan terakhir yang dibenarkan masuk ke negara itu, mulai 30 April.

“Semua pengembara mesti diberi vaksin sepenuhnya, perlu mengasingkan diri selama tujuh hari dan akan diuji untuk Covid-19 semasa ketibaan.

Pada masa ini, hanya warganegara dan penduduk tetap New Zealand sahaja dibenarkan memasuki negara itu dan mereka mesti tinggal selama tujuh hari di hotel kuarantin yang diuruskan  kerajaan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN