Marah anak disaman, bapa kejar polis guna kerambit - Utusan Malaysia

Marah anak disaman, bapa kejar polis guna kerambit

TANGKAP layar video menunjukkan seorang lelaki dengan parang dan kerambit cuba mengejar polis trafik yang menyaman anaknya di Sumatera Selatan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANYUASIN: Seorang lelaki nekad mengejar anggota polis trafik sambil mengacukan parang dan kerambit selepas anaknya disaman kerana melakukan kesalahan lalu lintas.

Kejadian itu berlaku di Jalan Palembang-Betung di Banyuasin, Sumatera Selatan kelmarin.

Pada mulanya, anggota polis trafik, Angga Novriadi bertugas mengawal lalu lintas di lokasi kejadian.

Kemudian, dia menahan seorang penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar, selain tidak mempunyai cukai jalan serta lesen.

Keadaan itu menyebabkan Angga mengeluarkan saman terhadap pemuda berkenaan.

Namun, tidak lama kemudian, datang sebuah kenderaan dengan tiga orang turun darinya dan menghampiri Angga.

Kumpulan itu memaklumkan seorang daripadanya merupakan bapa pemuda yang disaman sebentar tadi.

Tidak puas hati dengan penerangan yang diberikan polis, bapa pemuda berkenaan terus mengeluarkan parang dan kerambit untuk menyerang Angga.

Angga melarikan diri dan bersembunyi di dalam parit sehingga menyebabkan dia mengalami luka ringan.

Kumpulan lelaki itu kemudiannya ditahan polis serta didakwa cuba mencederakan anggota keselamatan dan jika disabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya