Majlis Ulama ketatkan pengambilan selepas Ahli Jawatankuasa Fatwa diberkas polis - Utusan Malaysia

Majlis Ulama ketatkan pengambilan selepas Ahli Jawatankuasa Fatwa diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) akan memperketatkan proses pengambilan ahli dalam usaha mencegah tindakan keganasan di negara ini.

Lapor Kompas.com, perkara itu menyusul selepas penangkapan ulama kanan Indonesia, Ahmad Zain An-Najah dan dua sekutunya yang didakwa menubuhkan pertubuhan amal yang menyalurkan wang kepada Jemaah Islamiyah (JI).

Ahmad Zain merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa MUI ditangkap oleh Pasukan Anti-Keganasan Polis Indonesia, Densus 88, di Bekasi, semalam.

Suspek juga adalah Ketua Dewan Syariah Lembaga Amil Zakat Baitul Maal Abdurrahman Auf.

Pengurus Agensi Cegah Keganasan MUI (BET), Muhammad Makmun Rasyid berkata, pihaknya akan melakukan usaha pembersihan ahli dalaman sekali gus memastikan proses pengambilan ahli MUI pada masa depan mengikut syarat ditetapkan.

Jelasnya, MUI langsung tidak mengetahui perkaitan Ahmad Zain dengan kumpulan pengganas JI.

Katanya, MUI komited membanteras dan mencegah tindakan ekstremisme dan keganasan.

“Kedudukan Ahmad Zain tidak memberikan kesan terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh MUI kerana dia hanya berstatus sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa yang tidak memiliki hak penuh dalam proses penghasilan fatwa,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN