Kekasih gelap tak percaya anak sendiri, bayi dicampak ke sungai - Utusan Malaysia

Kekasih gelap tak percaya anak sendiri, bayi dicampak ke sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA: Disebabkan kekasih gelap tidak percaya anak yang dikandung adalah hasil hubungan haram mereka berdua, seorang wanita tergamak membuang anaknya sendiri.

Lapor Tribunnews, remaja 18 tahun dikenali sebagai FW meminta pertolongan individu lain membungkus bayi tersebut dengan bungkusan sebelum dibuang ke sungai.

Remaja itu turut meminta individu tersebut memaklumkan bungkusan itu berisi bangkai itik sekiranya ada yang bertanya.

FW mengaku bayi itu dibuang di Sungai Sitio di Kabupaten Asahan, Sabtu lalu, selepas dia melahirkan anak.

FW membuat pengakuan mengenai dosa-dosanya di hadapan pihak polis.

Kes itu terbongkar selepas FW menyerah diri ke balai polis.

Bayi malang itu adalah hasil hubungan gelap FW dengan kekasihnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN