Indonesia tertinggi dalam Indeks Pemulihan Covid-19 di Asia Tenggara, Malaysia tempat ketiga - Utusan Malaysia

Indonesia tertinggi dalam Indeks Pemulihan Covid-19 di Asia Tenggara, Malaysia tempat ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia menjadi negara Asia Tenggara pada kedudukan teratas dalam Indeks Pemulihan Covid-19 yang dikeluarkan Nikkei pada Jumaat lalu.

Data tersebut dikumpul sepanjang Oktober lalu dan membuat penilaian terhadap negara serta wilayah berdasarkan kadar jangkitan, vaksinasi dan pergerakan sosial.

Semakin tinggi peringkat dan nilainya, semakin dekat sesebuah negara serta wilayah dengan kadar pemulihan.

Berdasarkan indeks tersebut, Indonesia merekodkan skor sebanyak 56, iaitu meningkat berbanding 54.5 sebelum ini.

Selain Indonesia, beberapa negara lain termasuk Kuwait dan Jordan turut memperoleh skor 56.

Dengan perolehan itu, Indonesia secara tidak langsung menduduki tangga teratas bagi negara Asia Tenggara dalam pemulihan Covid-19.

Bagi peringkat global, Indonesia pada kedudukan 41 daripada 121 negara yang dinilai Nikkei.

Berikut merupakan antara negara Asia Tenggara dan skor yang diperoleh dalam indeks tersebut:

1) Indonesia (56)
2) Kemboja (55)
3) Malaysia (54.5)
4) Thailand (43.5)
5) Vietnam (43.5)
6) Singapura (42)
7) Filipina (41.5)
8) Myanmar (39.5)
9) Laos (24)

Dalam pada itu, kes harian Indonesia terus menurun iaitu sebanyak 622 kes direkodkan semalam.

Sementara itu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menduduki tangga ke atas bagi kategori global dalam indeks tersebut dengan memperoleh skor sebanyak 74.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya