Indonesia laksana sekatan pergerakan seluruh negara semasa Krismas, tahun baharu - Utusan Malaysia

Indonesia laksana sekatan pergerakan seluruh negara semasa Krismas, tahun baharu

PERTUNJUKAN bunga api semasa sambutan tahun baharu di Jakarta pada 1 Januari 2020. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menetapkan sekatan pergerakan (PPKM) tahap tiga dilaksanakan di seluruh negara semasa perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baharu 2022.

Menteri Penyelaras Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy berkata, langkah itu diambil bagi mengelak Indonesia berdepan dengan gelombang ketiga penularan Covid-19 berikutan lonjakan kes jangkitan.

PPKM itu akan bermula pada 24 Disember ini sehingga 2 Januari 2022.

“Semasa perayaan Krismas, seluruh Indonesia akan dikenakan sekatan pergerakan tahap tiga.

“Kita tidak mahu kes jangkitan Covid-19 meningkat mendadak semasa hari perayaan dan sambutan tahun baharu,” katanya kepada CNN Indonesia.

Ketika ini, kebanyakan wilayah di Indonesia mengenakan PPKM tahap satu dan dua.

Selain itu, Muhadjir memaklumkan, pihak berkuasa juga melarang pertunjukan bunga api, perarakan, perhimpunan orang ramai semasa sambutan tahun baharu.

Ketika Krismas pula, aktiviti melancong dan pusat beli belah akan beroperasi mengikut ketetapan dalam PPKM tahap tiga.

“Langkah ini perlu dilaksanakan bagi mengawal penularan Covid-19 dan pada masa yang sama, kerajaan perlu menjaga ekonomi.

“Sehubungan itu, semua pihak perlu memberi kerjasama bagi memastikan langkah yang diambil berjalan lancar dan berkesan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya