India tidak bercadang beri dos penggalak - Utusan Malaysia

India tidak bercadang beri dos penggalak

ORANG ramai beratur untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 di Siliguri, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India tidak bercadang untuk menyarankan penduduknya mengambil suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 memandangkan banyak kes jangkitan berlaku secara semula jadi.

Kerajaan India juga percaya dua dos vaksin yang sudah diambil ketika ini mampu memberikan perlindungan lengkap.

Ketika bekalan vaksin semakin meningkat, segelintir pakar perubatan di negara ini menggesa kerajaan supaya memulakan suntikan dos penggalak seperti di kebanyakan negara Barat.

Namun, pihak berkuasa India mahu menumpukan pemberian dua dos vaksin kepada 944 juta orang dewasa di negara ini dan dijangka selesai menjelang Januari 2021.

Setakat ini, 81 peratus penduduk dewasa sudah menerima satu dos vaksin Covid-19, manakala 43 peratus lagi sudah lengkap.

“Tumpuan utama kerajaan ketika ini adalah melengkapkan dos vaksinasi dalam kalangan penduduk dewasa.

“Majoriti penduduk di India dijangkiti Covid-19 secara semula jadi dan dua dos vaksin yang diberikan sebelum ini mencukupi untuk perlindungan,” menurut sumber yang enggan didedahkan.

Katanya, sebaik sahaja populasi dewasa sudah selesai divaksin, mungkin kerajaaan akan mempertimbangkan untuk suntikan dos penggalak.

India sehingga kini berjaya mengawal kadar jangkitan biarpun selepas perayaan Deepavali. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN