Hukuman sebat 100 kali wanita ditangguh 2 tahun - Utusan Malaysia

Hukuman sebat 100 kali wanita ditangguh 2 tahun

GAMBAR hiasan. - TRIBUNNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Hukuman sebat 100 kali yang dikenakan terhadap seorang wanita di Aceh terpaksa ditangguhkan selama dua tahun kerana individu itu baru melahirkan anak.

Lapor Tribunnews, hakim Mahkamah Syariah Sigli sebelum ini menjatuhkan hukuman 100 sebatan terhadap wanita dikenali sebagai NJ atas kesalahan berzina.

Setakat ini, hanya dua lelaki yang disabitkan dengan kesalahan berzina masing-masing disebat 100 kali di pekarangan Pidie Kejari.

Dua lelaki itu dikenali dengan inisial ML berusia 22 tahun dan WD berumur 21 tahun.

Seorang lagi individu dibawah umur yang dikenali sebagai K pula telah dibawa ke sebuah institusi kanak-kanak di Banda Aceh bagi tujuan pemulihan.

Dilaporkan, kes zina itu terbongkar apabila penduduk kampung mendapat tahu NJ melahirkan anak tanpa suaminya.

Penduduk kampung kemudian melaporkan kepada polis yang akhirnya mengesan tiga individu menyebabkan wanita itu mengandung.

K, ML dan MD melakukan perbuatan zina di rumah NJ yang terletak di sebuah kampung di daerah Peukan Baro.

“Proses sebatan NJ ditangguhkan selama dua tahun kerana wanita itu perlu menjaga bayinya,” kata Ketua Pejabat Peguam Daerah Pidum, Sukriyadi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya