fbpx

9 Disember 2021, 7:14 pm

  TERKINI

Hanya kerana bawa balik salinan drama Squid Game, lelaki ditembak mati

SEORANG pelajar lelaki didakwa membawa salinan drama Squid Game dalam USB ke Korea Utara dan bakal dihukum mati. - NETFLIX
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Seorang lelaki di Korea Utara dikenakan hukuman mati atas kesalahan membawa balik salinan siri drama Netflix, Squid Game ke negara itu.

Lapor Daily Mail, lelaki tersebut yang merupakan seorang pelajar dikatakan membawa salinan drama itu dalam bentuk digital yang disimpan dalam pemacu USB.  

Lelaki itu ditahan oleh anggota perkhidmatan pengawasan negara selepas didapati menjual salinan drama itu kepada orang ramai termasuk rakannya.

Dilaporkan, penahanan itu dipercayai berlaku pada minggu lalu di wilayah utara Hamgyong yang bersempadan dengan China.

Difahamkan, skuad penembak akan melaksanakan hukuman mati terhadap lelaki berkenaan.

Radio Free Asia melaporkan seorang pelajar yang membeli salinan siri drama itu dikenakan penjara seumur hidup manakala enam lagi yang menonton filem tersebut dijatuhi hukuman melakukan kerja berat selama lima tahun.

Korea Utara mengenakan larangan ketat terhadap bahan dari Barat dan Korea Selatan yang dibenarkan masuk ke negara itu.

Pihak berkuasa Korea Utara kini sedang mencari lagi bahan filem asing di sekolah pelajar berkenaan.

Beberapa guru turut didakwa dipecat atau mungkin akan dipaksa bekerja di lombong terpencil sebagai hukuman. 

POPULAR

KOSMO! TERKINI