Filipina tunda kemasukan pengembara antarabangsa pada 1 Disember ini - Utusan Malaysia

Filipina tunda kemasukan pengembara antarabangsa pada 1 Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Kerajaan Filipina terpaksa menunda kemasukan pengembara antarabangsa yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 ke negara ini susulan penemuan varian Omicron.

Keputusan itu dibuat ketika Filipina hari ini melancarkankan program vaksinasi yang menyasarkan kira-kira sembilan juta penduduk untuk menerima suntikan imunisasi.

Pada minggu lalu, Manila mengumumkan untuk membenarkan kemasukan pengembara antarabangsa ke Filipina bermula 1 Disember.

Namun, pengumuman itu ditarik balik selepas pihak berkuasa Filipina menggantung sementara penerbangan dari tujuh negara Eropah dan Afrika susulan varian Omicron.

Pesuruhjaya Biro Imigresen Filipina, Jaime Morente berkata, keputusan itu memberi tamparan besar kepada sektor pelancongan negara ini yang sudah pun terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

“Langkah itu wajar diambil bagi mengelakkan risiko penularan Omicron di Filipina,” katanya.

Sektor pelancongan merupakan penyumbang terbesar ekonomi Filipina dengan dianggarkan lebih lapan juta pelancong memasuki negara ini pada 2019. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya