Elon Musk jual saham Tesla bernilai RM20.8 bilion - Utusan Malaysia

Elon Musk jual saham Tesla bernilai RM20.8 bilion

ELON Musk
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk dilaporkan menjual sejumlah saham syarikatnya yang bernilai AS$5 bilion (RM20.8 bilion).

Sebelum ini, Musk mengadakan tinjauan pendapat di laman Twitter mengenai sama ada perlu menjual sejumlah saham syarikat pengeluar kenderaan elektrik itu.

Hartawan itu menerusi ciapan memaklumkan akan menjual 10 peratus saham Tesla sekiranya mendapat undian terbanyak.

Tinjauan itu memperoleh undian sebanyak 3.5 juta.

Berdasarkan pemfailan kawal selia dilakukan semalam, Musk yang memiliki nilai kekayaan sekitar AS$300 bilion (RM1.25 trilion) telah menjual 4.5 juta saham pada minggu ini.

Menurut laporan itu, sejumlah saham bernilai AS$1.1 bilion (RM4.58 bilion) dijual pada Isnin lalu dalam usaha menyelesaikan bayaran cukai selepas Musk menggunakan opsyen saham.

Namun, penjualan itu dimulakan dibawah pelan perdagangan yang ditetapkan pada September lalu.

Tidak dapat dipastikan sama ada baki jualan saham yang dimaklumkan pada Selasa dan Rabu iaitu kira-kira 3.6 juta saham yang bernilai hampir AS$4 bilion (RM16.67 bilion) juga dirancang sebelum tinjauan pendapat di laman media sosial itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya