MOJOKERTO: Seramai dua orang maut dan tujuh yang lain mengalami kecederaan parah selepas sebuah pokok di Kampung Seloliman, Jolotundo, Mojokerto tumbang.
Lapor Detik.com, Ketua Bahagian Kecemasan dan Logistik Badan Pencegahan Bencana Daerah (BPBD) Mojokerto, Djoko Supangkat berkata, kejadian berlaku pada pukul 4 petang waktu tempatan semalam.
Jelasnya, pokok itu tumbang akibat hujan lebat disertai agin kencang melanda kawasan pelancongan itu.
“Jumlah mangsa keseluruhannya adalah seramai sembilan orang dan mereka sudah dibawa ke Hospital Mawaddan Medika di Ngoro.
“Kejadian turut menyebabkan barang-barang milik mangsa dan pemilik warung kopi mengalami kerosakan,” jelasnya.