fbpx

3 Disember 2021, 2:40 pm

  TERKINI

Disulfiram rendahkan kesan Covid-19

DOKTOR dan jururawat sedang merawat pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Lozenets di Sofia, Bulgaria. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOSTON: Satu kajian baharu mendedahkan individu yang mengambil disulfiram atau dikenali sebagai Antabuse bagi merawat ketagihan alkohol, mempunyai risiko jangkitan Covid-19 yang lebih rendah.

Memetik laporan UPI, individu yang mengambil ubat tersebut juga mempunyai risiko kematian yang rendah akibat Covid-19 jika dijangkiti berbanding mereka yang tidak mengambil ubat tersebut.

“Menurut penyelidik di Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Kanak-kanak Boston, kajian yang dijalankan adalah berdasarkan pemerhatian. Jadi ia tidak mempunyai hubung kait antara sebab atau akibat jangkitan Covid-19 dan disulfiram.

“Walau bagaimanapun, keputusannya cukup menggalakkan untuk menjamin kajian lanjut dan ujian klinikal,” kata laporan portal berkenaan.

Jelas laporan itu lagi, berdasarkan kajian yang dilakukan, para penyelidik menganalisis data membabitkan lebih 944,000 veteran Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai sekurang-kurangnya satu ujian Covid-19 antara Februari 2020 dan Februari 2021.

“Kajian mendapati mereka yang mengambil disulfiram mempunyai kadar jangkitan Covid-19 sebanyak 34 peratus lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengambil ubat tersebut.

“Tiada seorang pun veteran yang mengambil disulfiram dijangkiti Covid-19 dan meninggal dunia, berbanding dengan tiga peratus daripada veteran yang dijangkiti serta tidak mengambil ubat tersebut,” jelasnya.

Dalam pada itu, laporan berkenaan menyatakan, setakat ini tiada butiran terperinci bagaimana ubat tersebut boleh memerangi Covid-19. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI