Datuk usahakan ‘biro cari jodoh’, hanya serahkan gambar dan nombor telefon - Utusan Malaysia

Datuk usahakan ‘biro cari jodoh’, hanya serahkan gambar dan nombor telefon

SANUSI duduk di depan ‘biro jodoh’ miliknya di Blitar, Jawa Timur, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BLITAR: Seorang lelaki warga emas yang dikenali sebagai Sanusi mengusahakan ‘biro mencari jodoh’ bagi membantu penduduk setempat yang masih belum mempunyai pasangan untuk berkahwin.

Sanusi, 79, memberitahu, dia sudah lama menjadi ‘tukang jodoh’, namun baru tiga bulan mengusahkan pekerjaan itu secara ‘rasmi’.

Jelasnya, sejak biro itu beroperasi, sebanyak lima pasangan berjaya ditemukan dan dikahwinkan dan jumlah itu tidak termasuk dengan yang diusahakannya sebelum ini.

“Untuk menggunakan khidmat saya, pelanggan perlu membayar 100,000 rupiah (RM29) sebagai pendaftaran, selain mereka perlu menyerahkan gambar dan salinan kad pengenalan.

“Pelanggan juga perlu meninggalkan nombor telefon serta nama di belakang gambar yang diserahkan.

“Pelanggan yang datang boleh lihat dulu gambar-gambar yang ada dan jika berkenan, mereka boleh hubungi nombor yang ditinggalkan” katanya.

Bagi pasangan yang berjaya dijodohkan, mereka kebiasaannya memberi bayaran tambahan kepada Sanusi, namun lelaki itu tidak pernah menetapkan nilainya.

“Pelanggan yang berjaya dijodohkan boleh beri berapa sahaja kepada saya, seikhlas hati.

“Sudah puluhan tahun saya menjodohkan orang dan setiap pasangan yang berjaya, perasaan gembira serta syukur itu hanya tuhan yang tahu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya