Burkina Faso: Angka kematian serangan di pos kawalan meningkat kepada 53 - Utusan Malaysia

Burkina Faso: Angka kematian serangan di pos kawalan meningkat kepada 53

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OUAGADOUGOU: Angka kematian akibat serangan terhadap pos kawalan tentera di utara Burkina Faso meningkat kepada sekurang-kurangnya 53 orang.

Lapor Al Jazeera, menurut jurucakap kerajaan, Ousseni Tamboura, serangan yang berlaku berhampiran lombong emas di Inata menyebabkan 49 anggota polis tentera dan empat orang awam maut.

Sebelum ini, dianggarkan seramai 32 orang terbunuh dalam serangan tersebut.

“Kami menemukan 46 anggota yang masih hidup: kata Tamboura selepas mesyuarat Kabinet.

Bagaimanapun, terdapat kebimbangan angka kematian dijangka meningkat lagi selepas beberapa laporan yang memetik sumber tempatan mendakwa kira-kira 150 anggota tentera ditempatkan di kemudahan tersebut.

Serangan berdarah di wilayah utara Soum pada Ahad lalu merupakan antara paling dahsyat terhadap pasukan pertahanan dan keselamatan sejak Burkina Faso dicengkam konflik enam tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN