Bali rekod sifar kemasukan pelancong asing sejak dibuka semula - Utusan Malaysia

Bali rekod sifar kemasukan pelancong asing sejak dibuka semula

KEADAAN lengang di sebuah resort di Bali tanpa kehadiran pelancong asing. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENPASAR: Bali masih belum dikunjungi pelancong asing biarpun sudah dibuka kepada golongan tersebut, baru-baru ini.

Pengerusi Badan Persatuan Serantau Agensi Pelancongan Indonesia Bali, Putu Winastra memberitahu, sehingga kini, tiada penerbangan antarabangsa direkodkan di Lapangan Terbang Ngurah Rai.

Katanya, sudah sebulan lebih Bali dibuka untuk pelancong asing, namun seperti tiada sambutan.

“Sehingga kini, kedatangan pelancong asing ke Bali adalah sifar. Kenapa hal ini berlaku? Pasti ada peraturan yang tidak tepat dalam pembukaan Bali.

“Kehadiran pelancong domestik juga tidak semeriah dulu, mungkin disebabkan mereka masih bimbang dengan Covid-19,” katanya.

Putu memberitahu, masalah permohonan e-visa yang disifatkan ‘remeh’ menjadi antara punca ketidakhadiran pelancongan asing di Bali, selain kuota visa itu hanya 1,500 orang sehari.

Jelasnya, jumlah itu terlalu sedikit, selain pihak berkuasa kesihatan Indonesia mewajibkan pelancong asing yang tiba di Bali perlu dikuarantin selama tiga hari di hotel dan menganggapnya sebagai ‘buang masa’.

Putu memaklumkan, masalah lain melibatkan tiada penerbangan terus dari Eropah ke Bali, menyebabkan jumlah penerbangan ke pulau peranginan itu menjadi terhad.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menilai semula peraturan yang ditetapkan bagi menggalakkan kemasukan pelancong asing ke Bali dalam kadar segera.

“Jangan biarkan Bali ‘mati sekali lagi’ pada tahun depan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN