Antivaksin tidak dibenarkan buat tarian haka - Utusan Malaysia

Antivaksin tidak dibenarkan buat tarian haka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Orang asli Maori yang terkenal dengan tarian haka ‘Ka Mate’ melarang golongan antivaksin daripada melakukan ritual tersebut ketika menyertai demonstrasi.

Puak Ngati Toa diiktiraf dalam undang-undang New Zealand untuk melindungi kebudayaan serta sejarah haka Ka Mate.

Ngati Toa mengutuk penggunaan haka Ka Mate untuk mempromosi mesej anti vaksin Covid-19.

“Oleh hal yang demikian, kami melarang mana-mana penunjuk perasaan antivaksin melakukan ritual tersebut,” menurut kenyataan yang dikeluarkan puak tersebut.

Terdapat pelbagai gerakan tarian haka Maori, namun Ka Mate yang sering dilakukan oleh pasukan ragbi All Blacks merupakan paling popular.

Tarian Haka juga sering dilakukan ketika majlis perkahwinan dan pengebumian masyarakat di negara ini.

Ka Mate diasaskan oleh pahlawan Maori iaitu Te Rauparaha sekitar 1820-an bagi meraikan kejayaannya melepaskan diri dari kumpulan musuh.

Pada 2014, Parlimen New Zealand meluluskan undang-undang yang mengiktiraf Ngati Toa sebagai ‘penjaga haka’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya