Angka korban bangunan runtuh di Lagos meningkat 36 orang - Utusan Malaysia

Angka korban bangunan runtuh di Lagos meningkat 36 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAGOS: Angka korban bangunan runtuh di Lagos meningkat kepada 36 orang.

Punca bangunan setinggi 21 tingkat yang runtuh pada Isnin lalu itu masih belum diketahui.

Jurucakap pihak berkuasa Lagos, Femi Oke-Osanyintolu berkata, sebanyak 36 mayat dikeluarkan dari runtuhan.

“Sebanyak 33 mangsa adalah lelaki dan selebihnya wanita, selain terdapat sembilan orang terselamat,” katanya.

Ahli keluarga dan rakan mangsa dilihat memenuhi lokasi kejadian bagi menunggu sebarang makluman mengenai operasi mencari serta menyelamat yang dilakukan.

Runtuhan itu menyebabkan puluhan orang terperangkap.

Sementara itu, pasukan penyelamat akan meneruskan operasi sehingga kesemua mangsa ditemukan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.