Anak perempuan Duterte sah rebut jawatan Naib Presiden Filipina - Utusan Malaysia

Anak perempuan Duterte sah rebut jawatan Naib Presiden Filipina

SARA Duterte bersama bapanya, Rodrigo Duterte ketika menyertai satu majlis di Boao, China pada 2018. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Anak perempuan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengesahkan beliau akan bertanding merebut jawatan naib presiden dalam pilihan raya tahun depan.

Sara Duterte-Carpio, 43, yang merupakan anak sulung Duterte tidak mengemukakan pengesahan untuk bertanding jawatan tersebut seperti calon lain pada Oktober lalu.

Sebaliknya, beliau bertegas untuk bertanding sekali lagi merebut jawatan Datuk Bandar Davao.

Keputusannya untuk bertanding jawatan Naib Presiden Filipina dibuat menjelang 15 November, iaitu tarikh akhir untuk calon menyerahkan dokumen.

Sara akan bertanding di bawah Parti Lakas-Kristian Islam Demokrat (Lakas CMD).

Jurucakap Duterte, Christina Garcia Frasco turut mengesahkan penglibatan Sara dalam pertandingan merebut jawatan tersebut.

Di Filipina, presiden dan naib presiden dipilih secara berasingan.

Dalam pada itu, penganalisis politik, Ramon Casiple berkata, beliau tidak pasti sama ada Duterte bersetuju atau tidak untuk membenarkan anaknya bertanding sebagai Naib Presiden Filipina.

“Mengenali Duterte, beliau sentiasa mahukan anak perempuannya bertanding merebut jawatan presiden.

“Sara pada mulanya dijangka akan menggantikan bapanya sebagai Presiden Filipina, dan kini keadaan sudah berubah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya