Adik-beradik kumpul hampir 4,000 pelembap bibir, cipta Rekod Dunia Guinness - Utusan Malaysia

Adik-beradik kumpul hampir 4,000 pelembap bibir, cipta Rekod Dunia Guinness

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Sepasang adik-beradik perempuan di sini mencipta Rekod Dunia Guinness apabila mengumpul kira-kira 3,388 pelembap bibir yang berlainan.

Scarlett Ashley Cheng, 6, memberitahu Guinness, dia dan kakaknya, Kaylyn, 8, mula mengumpul pelembap bibir sejak beberapa tahun lalu.

“Semuanya bermula ketika saya mengalami masalah bibir kering dan ibu serta nenek akan meletakkan pelembap bibir setiap hari bagi mengatasi masalah itu.

“Seiring dengan pertambahan usia, saya mula mencuba pelembap bibir dengan pelbagai perasa serta warna, sekali gus menjadi saya dan kakak obses mengumpulnya,” katanya.

Koleksi pelembap bibir adik-beradik itu diperoleh dari seluruh dunia.

Selain itu, pasangan adik-beradik itu juga mula menghasilkan pelembap bibir buatan sendiri dan memberikannya sebagai hadiah kepada rakan serta keluarga mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya