Adik-beradik 'Benjamin Button' India sudah lali dengan ejekan - Utusan Malaysia

Adik-beradik ‘Benjamin Button’ India sudah lali dengan ejekan

ANJALI (kanak) dan adiknya, Keshav Kumar. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Keshav dan Anjali Kumar merupakan adik-beradik dari Jharkhand yang menghidap penyakit jarang berlaku iaitu Progeria dan Cutis Laxa yang menjadikan penampilan mereka kelihatan sepertyi orang tua.

Kisah dua beradik itu mula mendapat perhatian media tempatan sejak 2016 dengan Anjali berusia tujuh tahun, manakala Keshav berumur hanya 18 bulan.

Namun, keadaan fizikal mereka kelihatan seperti sudah tua dengan kulit berkedut dan kendur.

Berikutan menghidap penyakit tersebut, kedua adik beradik itu turut mengalami masalah sendi dan otot, sama seperti warga emas.

Penyakit jarang berlaku itu turut dikenali sebagai sindrom Benjamin Button yang tiada penawar.

Dilahirkan di Ranchi, kedua-dua beradik itu juga sering diejek dan dibuli oleh kanak-kanak lain berikutan keadaan fizikal mereka yang berbeza.

“Semua rakan di sekolah panggil saya nenek dan wanita tua. Perkara itu menyedihkan saya,’ kata Anjali.

Selain mempunyai kulit berkedut, kanak-kanak yang menghidap sindrom Benjamin Button juga mempunyai sistem imun yang lemah, menyebabkan mereka mudah terkena pelbagai penyakit termasuk sakit jantung.

Sejak kisah mereka mendapat perhatian, banyak pihak tampil untuk membantu mereka termasuk menaja rawatan menegangkan kulit.

Kini, Anjali dan Keshav menjalani kehidupan bahagia bersama ibu bapa mereka.

Adik-beradik itu tidak boleh dipisahkan dan mereka sering melakukan pelbagai perkara bersama-sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN