30 dikhuatiri mati, banjir kilat di India - Utusan Malaysia

30 dikhuatiri mati, banjir kilat di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 30 orang dipercayai maut atau hilang selepas banjir kilat melanda selatan India.

Bencana turut menyebabkan tiga buah bas dihanyutkan air banjir.

Pasukan penyelamat terpaksa menarik penumpang keluar selepas kenderaan itu hanyut di Andhra Pradesh.

Media tempatan melaporkan 18 individu dipercayai masih hilang.

Pakar berkata, cuaca melampau dan tidak terjangka di seluruh Asia Selatan disebabkan oleh perubahan iklim, penebangan hutan dan pembangunan tidak terkawal.

Berpuluh-puluh penduduk maut sejak Okotber lalu di India selepas hujan lebat yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN