26 pemberontak Maoist terbunuh dalam pertempuran di India - Utusan Malaysia

26 pemberontak Maoist terbunuh dalam pertempuran di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 26 pemberontak Maoist terbunuh dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan India di sebuah hutan di negara itu.

Lapor Al Jazeera, polis berkata, tiga komando mengalami cedera parah dalam pertempuran berbalas tembakan yang berlaku selama beberapa jam.

Pertempuran itu berlaku di kawasan hutan di daerah Gadchiroli, kira-kira 1,000 kilometer (km) timur Mumbai, Maharashtra.

Mereka yang cedera dibawa ke bandar Nagpur untuk mendapatkan rawatan.

Jelas polis, pertempuran senjata meletus selepas komando polis khas menyerang sekumpulan pemberontak di hutan Mardintola.

“Sekurang-kurangnya 26 pemberontak Maoist meninggal dunia,” kata seorang pegawai polis Maharashtra yang enggan mendedahkan namanya kepada AFP. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN