Warga emas hampir putus tangan selepas ceroboh kolam buaya - Utusan Malaysia

Warga emas hampir putus tangan selepas ceroboh kolam buaya

NEHEMIAS Chipada digigit buaya semasa melawat taman hidupan Amaya View. - VIRALPRESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Seorang pelancong di Filipina digigit seekor buaya sepanjang 3.6 meter selepas menyangka reptilia itu sebagai model plastik lalu memecah masuk ke dalam kandang untuk swafoto.

Lapor Daily Mail, Nehemias Chipada, 68, ternampak buaya yang disangkanya sebagai model plastik semasa melawat taman hidupan Amaya View di Cagayan de Oro City pada 10 November lalu untuk menyambut hari jadinya.

Ketika kejadian, Chipada berswafoto sambil memegang telefon bimbitnya pada satu tangan dan sebelah lagi diletakkan di bahagian pinggangnya.

Sesi bergambar itu bertukar ngeri apabila buaya sepanjang 3.6 meter itu melompat keluar dari air dan menggigit lengan warga emas itu lalu mengheretnya ke dalam kolam.

Keseluruhan insiden itu turut disaksikan oleh keluarganya.

Sebuah rakaman menunjukkan Chipada menjerit meminta tolong apabila reptilia ganas itu menggigit lengan kirinya. 

Bagaimanapun, Chipada berjaya menyelamatkan diri daripada haiwan itu dengan keadaan tangannya tidak putus sebelum dia dibawa ke Pusat Perubatan Northern Mindanao untuk rawatan.

Berikutan kejadian itu, Chipada dan keluarganya menyalahkan taman hidupan tersebut kerana gagal meletakkan papan tanda amaran di kandang reptilia berkenaan. 

Hasil pemeriksaan doktor mendapati warga emas itu mengalami patah tulang dan lapan luka di lengan dan paha kirinya yang memerlukan jahitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya