2 pesakit Covid-19 maut dalam kebakaran hospital di Romania - Utusan Malaysia

2 pesakit Covid-19 maut dalam kebakaran hospital di Romania

ANGGOTA bomba dan polis memindahkan pesakit berikutan unit rawatan rapi di sebuah hospital di bandar Constanta terbakar pada bulan lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUCHAREST: Dua pesakit dilaporkan maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah hospital di Romania.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran itu berlaku di sebuah hospital khusus bagi merawat penyakit berjangkit di bandar selatan Ploiesti kira-kira pukul 4 pagi waktu tempatan.

“Kebakaran berjaya dipadamkan dengan segera namun malangnya dua orang meninggal dunia,” kata Menteri Kesihatan, Cseke Atilla kepada media tempatan.

Jelas beliau, satu siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran tersebut.

Pihak berkuasa memaklumkan, seorang jururawat turut mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Pengarah hospital, Bigdan Nica berkata, bangunan itu menjalani pengubahsuaian pada tahun sebelumnya dan sistem elektrik serta oksigen juga diperiksa baru-baru ini.

Namun, katanya, bangunan hospital itu tidak mempunyai kelulusan keselamatan kebakaran yang diperlukan daripada jabatan bomba, sepertimana di sebahagian besar hospital di Romania.

Kebakaran itu merupakan insiden terbaharu dalam beberapa kes kebakaran membabitkan hospital di Romania sejak pandemik Covid-19 bermula.

Pada bulan lalu, tujuh pesakit Covid-19 maut dalam kebakaran di unit rawatan rapi sebuah hospital di bandar Constanta. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya