19 maut, 32 cedera bas rempuh bangunan di Mexico - Utusan Malaysia

19 maut, 32 cedera bas rempuh bangunan di Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 19 orang maut dan lebih 32 lagi cedera selepas sebuah bas yang membawa penumpang ke tempat ibadat merempuh sebuah bangunan di tengah Mexico.

Pegawai berkata, bas tersebut mengalami kegagalan brek dan hilang kawalan lalu merempuh sebuah bangunan di negeri Mexico.

Menurut pegawai, enam mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital di Toluca.

Pembantu Setiausaha dalam negeri, Ricardo de la Cruz berkata, kejadian itu berlaku di bandar Joquicingo, barat daya Mexico City.

Dilaporkan, bas dalam perjalanan dari Michoacan menuju ke Chalma, sebuah bandar yang dikunjungi penganut Kristian Roman Katolik selama beberapa abad.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai keadaan penumpang yang cedera. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya