Zionis fitnah pertubuhan hak asasi manusia Palestin sebagai organisasi pengganas - Utusan Malaysia

Zionis fitnah pertubuhan hak asasi manusia Palestin sebagai organisasi pengganas

ORANG ramai menyertai demonstrasi menyokong Palestin di Brooklyn, New York pada 31 Julai lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Pihak berkuasa Zionis menyenaraikan enam kumpulan hak asasi manusia Palestin sebagai organisasi pengganas dan perkara itu ditentang sekeras-kerasnya oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA), komuniti hak asasi dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Pertahanan Israel kelmarin memaklumkan keenam-enam kumpulan hak asasi itu mempunyai kaitan dengan Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP), iaitu pergerakan haluan kiri yang didakwa sering melancarkan serangan terhadap penduduk Israel.

Menurut kementerian tersebut, semua kumpulan hak asasi manusia berkenaan ‘membentuk rangkaian organisasi yang aktif dan berpura-pura di hadapan komuniti antarabangsa’.

“Keenam-enam kumpulan itu dikawal oleh pemimpin kanan PKLP dan menempatkan sejumlah anggotanya, termasuk mereka yang terlibat dalam kegiatan keganasan,” jelas kementerian itu.

Zionis turut mendakwa kumpulan hak asasi tersebut bertindak sebagai ‘sumber kewangan’ untuk PFLP’, selain menerima ‘sejumlah dana daripada beberapa negara Eropah dan organisasi antarabangsa’.

Enam kumpulan hak asasi manusia itu termasuk Al-Haq, Addameer, Pertahanan untuk Kanak-Kanak Antarabangsa-Palestin, Pusat Pembangunan dan Kajian Bisan dan Kesatuan Jawatankuasa Wanita dan Kesatuan Jawatankuasa Agrikultur.

Dalam pada itu, PA menyelar tindakan Zionis dengan menyifatkannya sebagai ‘serangan senyap’ terhadap masyarakat umum Palestin.

“Zionis melakukan fitnah yang amat teruk terhadap kumpulan hak asasi manusia apabila mengaitkannya dengan organisasi pengganas,” jelas pertubuhan tersebut.

Amnesty International dan Human Rights Watch pula menyifatkan Israel membuat keputusan yang tidak adil dan ‘sengaja menyerang pergerakan hak asasi manusia antarabangsa’.

Sementara itu, Pejabat Hak Asasi Manusia PBB memaklumkan, pihaknya mengambil maklum mengenai tindakan Israel dan menegaskan, perundangan anti keganasan tidak boleh digunakan untuk menyekat kerja-kerja hak asasi yang sah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN