Wanita lahirkan sembilan bayi kembar dibenarkan pulang ke Mali - Utusan Malaysia %

Wanita lahirkan sembilan bayi kembar dibenarkan pulang ke Mali

HALIMA Cisse bergambar bersama suaminya, Kader Arby dan sembilan anak kembarnya di Maghribi. – PETER ALLEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CASABLANCA: Seorang wanita dari Mali yang memecahkan rekod dunia dengan melahirkan sembilan bayi kembar atau dikenali sebagai nonoplet, dilaporkan kini bersiap sedia untuk pulang ke negara asalnya.

Lapor Daily Mail, sekeping gambar memaparkan Halima Cisse bergambar bersama suaminya, Kader Arby dan sembilan anak kembarnya didedahkan buat pertama kali.

Isu kehamilan Cisse menarik perhatian ramai apabila wanita itu selamat melahirkan sembilan anak kembarnya menerusi pembedahan di klinik Ain Borja di Casablanca, Maghribi, Mei lalu.

Cisse turut memecahkan rekod dunia dipegang oleh Nadya Suleman yang melahirkan lapan anak
kembar, 2009.

“Saya lega semuanya berjalan lancar dan saya gembira dapat menjaga mereka.

“Anak saya semakin kuat setiap hari dan mereka mungkin dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi. Jadi kami boleh bawa mereka pulang ke rumah,” kata Cisse.

Sembilan bayi kembar itu terdiri daripada lima perempuan dan empat lelaki.

Dilaporkan, semua anak kembar Cisse mempunyai berat badan antara 500 gram hingga 1 kilogram
(kg) semasa dilahirkan dan mereka terpaksa diletakkan dalam inkubator di unit rawatan rapi (ICU) hospital selama beberapa bulan.

Namun kini, semua anak kembar wanita itu bertambah berat badan dan terus menunjukkan perkembangan kesihatan baik yang bermakna mereka boleh pulang ke Mali tidak lama lagi.–
AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.