Wanita berjiran dengan mayat selama 8 minggu - Utusan Malaysia

Wanita berjiran dengan mayat selama 8 minggu

REAGAN Baylee berkongsi pengalaman ngeri menerusi aplikasi TikTok. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang wanita terpaksa menghidu bau mayat mereput selama lapan minggu ketika menjalani perintah berkurung akibat Covid-19, baru-baru ini.

Hal itu berlaku apabila jiran bersebelahan rumah Reagan Baylee mati di dalam rumahnya, namun tiada pihak yang menyedarinya dan membiarkan mayat itu mereput selama berminggu-minggu.

Malah, Baylee memberitahu tiada sesiapa mempercayainya apabila dia memberitahu mungkin ada orang mati kerana sering terhidu bau yang kurang menyenangkan dari rumah jirannya.

Lapor Daily Star, Baylee dari Los Angeles mula mengalami masalah tidur pada Mei tahun lalu semasa pelaksanaan perintah berkurung dan mula terhidu bau busuk yang semakin lama makin kuat.

“Bau itu benar-benar mengganggu saya dan masalah itu berterusan selama beberapa minggu namun pihak pengurusan rumah enggan menghantar orang untuk memeriksa atau datang sendiri disebabkan pandemik.

“Saya mula memikirkan mungkin anjing peliharaan jiran saya sudah mati atau sesuatu telah berlaku,” katanya.

Akhirnya, pihak pengurusan bangunan menghantar seorang pekerja untuk menyiasat aduan Baylee dan dia mula terhidu bau busuk selepas menghampiri rumah berkenaan.

Setelah pintu dibuka menggunakan kunci simpanan, mereka mendapati jiran Baylee sudah meninggal dunia dan polis dihubungi segera.

Tambah Baylee, ribuan pepijat keluar dari rumah jirannya sebaik sahaja pintu dibuka dan persoalan mengenai bau busuk yang dihadapinya selama ini sudah terjawab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.