fbpx

23 Mei 2022, 3:22 am

  TERKINI

Vin Diesel iringi anak perempuan Paul Walker berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Hubungan baik antara pelakon Vin Diesel dengan rakan karibnya, mendiang Paul Walker memang tidak dapat dinafikan.

Kedua-duanya mula rapat ketika bersama-sama menjalani siri filem Fast and Furious sehinggalah Walker meninggal dunia akibat kemalangan kereta pada 2013.

Sejak itu, Diesel menggalas tanggungjawab sebagai ‘bapa’ kepada satu-satunya anak perempuan Walker iaitu Meadow.

Meadow bersama bapanya, Paul Walker. – AGENSI

Ketika Walker meninggal dunia, Meadow berusia 15 tahun.

Sebagai mengingati hubungan baiknya dengan Walker, Diesel diberi penghormatan untuk mengirigi Meadow dalam majlis perkahwinannya dengan aktor Louis Thornton-Allan, baru-baru ini.

Menerusi gambar yang dimuat naik dalam Instagram Meadow, kelihatan Diesel turut hadir dalam majlis perkahwinan itu dan mengiringi Meadow.

Terdahulu, Diesel sering mengenang Walker sebagai seorang sahabat yang baik dan berjanji untuk melindungi Meadow sama seperti yang dilakukan ketika hayatnya.

“Meadow merupakan orang pertama ucapakan Selamat Hari Bapa kepada saya. Saya berjanji untuk menjaga serta melindungi Meadow selepas saya melihat bagaimana dia bergaul dengan anak-anak saya.

“Meadow merupakan gadis yang baik, sama seperti mendiang bapanya,” katanya.

Gambar tersebut mendapat jutaan ‘likes’ dan Meadow turut menerima banyak ucapan tahniah.

POPULAR

KOSMO! TERKINI