Vaksin Pfizer berkesan 90.7 peratus terhadap kanak-kanak - Utusan Malaysia

Vaksin Pfizer berkesan 90.7 peratus terhadap kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech menunjukkan kadar keberkesanan sehingga 90.7 peratus menentang koronavirus dalam ujian klinikal yang dijalankan terhadap kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Syarikat itu mendedahkan data berkenaan dalam satu dokumen yang disiarkan semalam menjelang pertemuan penasihat Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan Selasa ini.

Pfizer dan BiNtech menggunakan kelulusan penggunaan kecemasan untuk dos yang mengandungi 10 mikrogram bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Kedua-dua dos itu akan diberikan dalam selang masa tiga minggu.

Data menunjukkan dua dos awal yang diberikan kepada golongan kanak-kanak tersebut mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi untuk perlindungan daripada Covid-19.

Jawatankuasa Penasihat Vaksin dan produk Biologi Berkaitan bagi Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dijangka mengadakan pertamuan dengan Pfizer minggu depan bagi membincangkan kelulusan penggunaan vaksin terhadap kanak-kanak.

Jika diluluskan, vaksin itu bakal menjadi caksin Covid-19 pertama yang diberikan kepada kanak-kanak berusia bawah 12 tahun. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya