Thailand pendekkan had masa perintah berkurung - Utusan Malaysia

Thailand pendekkan had masa perintah berkurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand (CCSA) hari ini mengumumkan had masa perintah berkurung yang baharu iaitu lebih pendek berbanding sebelum ini.

Had masa terbaharu itu menyaksikan perintah berkurung dilaksanakan dari pukul 11 malam hingga 3 pagi bermula esok.

Jurucakap CCSA, Taweesin Visanuyothin berkata, premis perniagaan seperti pasar, kedai serbaneka, panggung wayang, restoran, teater dan kedai rangkaian dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam.

Katanya, pusat penjagaan warga emas juga boleh beroperasi seperti biasa.

“Pengangkutan awam turut dibenarkan untuk membawa lebih ramai pengguna berbanding sebelum ini,” katanya kepada Nation Thailand.

Selain itu, status Covid-19 di beberapa wilayah menyaksikan perubahan dengan Bangkok masih berada dalam zon merah pekat (dark red zone) memandangkan kes jangkitan belum reda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya