Tangisan gelandangan disangka bunyi hantu, penduduk Pattaya hubungi polis - Utusan Malaysia

Tangisan gelandangan disangka bunyi hantu, penduduk Pattaya hubungi polis

PASUKAN polis membuat persiapan sebelum menyiasat sebuah rumah kedai yang didakwa berhantu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTAYA: Pasukan polis di sini menerima panggilan daripada orang ramai yang meminta mereka datang ke sebuah kawasan kerana percaya ada hantu.

Laporan itu dibuat selepas penduduk tempatan terdengar bunyi tangisan dan lolongan daripada sebuah rumah kedai yang terbiar.

Percaya ada hantu di rumah kedai itu, mereka segera menghubungi polis untuk menyiasat.

Kira-kira pukul 2 pagi, pasukan polis tiba di rumah kedai tersebut dan menemukan seorang lelaki yang menangis.

Menurut polis, lelaki itu mengalami masalah mental dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Seorang penduduk memnberitahu kepada Pattaya News, dia terdengar bunyi jeritan dan tangisan kira-kira pukul 1.30 pagi dan sudah menjangkakannya suara manusia.

Namun, jiran-jirannya bertegas itu adalah bunyi hantu.

“Rumah kedai ini sudah terbiar lama dan penduduk setempat percaya ia berhantu.

“Rupa-rupanya bunyi itu adalah tangisan seorang lelaki gelandangan. Selama ini kami ketakutan dan tidak berani keluar malam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya