Tanah runtuh di Nagari Pasie Laweh, 8 terkorban - Utusan Malaysia

Tanah runtuh di Nagari Pasie Laweh, 8 terkorban

ORANG ramai melihat usaha membawa keluar mereka yang tertimbus dengan tanah runtuh di Padang Pariaman. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Hujan lebat sejak Rabu lalu menyebabkan tanah runtuh di Nagari Pasie Laweh, Padang Pariaman.

CNN Indonesia melaporkan, kejadian itu menyebabkan tujuh terbunuh selepas dua buah rumah tertimbus.

Seorang lagi meninggal dunia selepas dihempap pokok tumbang akibat angin kencang.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Darurat dan Logistik Sumatera Barat, Rumainur.

Menurutnya, ketika ini pasukan Badan Pencegahan Bencana Daerah (BPBD) masih melakukan proses memindahkan mereka yang terjejas dan mengumpul data mangsa yang terkorban.

Selain tanah runtuh di Nagari Pasie Laweh, banjir turut melanda Toboh Gadang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN