Selepas catat lebih 5,000 kes, jangkitan Covid-19 di Singapura turun kepada 3,432 - Utusan Malaysia

Selepas catat lebih 5,000 kes, jangkitan Covid-19 di Singapura turun kepada 3,432

ANGGOTA polis melakukan rondaan di sepanjang persiaran Marina Bay di Singapura. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Singapura melaporkan 3,432 kes baharu Covid-19 semalam dan 15 kematian akibat jangkitan koronavirus itu.

Berita Mediacorp melaporkan, jumlah kes harian adalah 1,892 lebih rendah berbanding jumlah kes yang dilaporkan pada Rabu iaitu sebanyak 5,324.

Daripada jumlah kes itu, 3,423 kes adalah jangkitan tempatan dengan 3,171 daripadanya adalah kes dalam masyarakat dan 252 merupakan kes dari dormitori pekerja asing.

Sembilan adalah kes import, menurut Kementerian Kesihatan dalam kemas kini hariannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN