Remaja cuba perkosa nenek 71 tahun - Utusan Malaysia

Remaja cuba perkosa nenek 71 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TENGAH: Seorang remaja di Kudus didakwa cuba memperkosa seorang warga emas berusia 71 tahun yang merupakan jirannya sendiri.

Unit Siasatan Jenayah Polis Jati, Aiptu Jansen berkata, pihaknya menerima laporan tersebut dan kes akan disiasat oleh unit PPA Polis Kudus.

Jelasnya, mangsa hadir ke balai polis membuat laporan terhadap gangguan seksual yang dialaminya.

Katanya, serangan berlaku Jumaat lalu semasa warga emas itu sedang tidur di rumah bersendirian, manakala, anak lelakinya menunaikan solat Jumaat di masjid.

Tiba-tiba, lelaki itu memasuki biliknya dan cuba mencabulnya.

Wanita itu berkata, remaja tersebut dikenali sebagai seorang yang mempunyai perilaku baik dalam kalangan jiran tetangga.

Dia tidak menyangka remaja tersebut bertindak sedemikian.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN