fbpx

1 Disember 2021, 12:20 am

  TERKINI

Polis Israel diberi kuasa lebih meluas pantau rakyat Palestin

PAPAN iklan dipasang ketika satu tunjuk perasaan terhadap polis di bandar Umm al-Fahm. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Penduduk Palestin mengecam tindakan Israel yang memperuntukkan kuasa lebih meluas kepada pihak polis dan meningkatkan pengawasan terhadap warga Palestin di sempadan sejak 1949.

Lapor Al Jazeera, langkah terbaharu Israel itu dibuat dengan alasan kononnya mahu mengekang kadar jenayah tinggi dalam kalangan penduduk Palestin.

Baru-baru ini, Israel meluluskan satu cadangan yang memberi kuasa lebih meluas kepada polis Yahudi dengan membenarkan mereka memasuki dan menggeledah rumah secara bebas tanpa waran mahkamah.

Rang undang-undang (RUU) yang diusulkan oleh Menteri, Gideon Saar dibuat selepas Israel mengerahkan pasukan tentera perisikan dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet memasuki beberapa
bandar dan perkampungan Palestin sebagai langkah memerangi jenayah di kawasan tersebut.

Dengan sokongan Kabinet, RUU tersebut akan diundi di Parlimen Israel sebelum menjadi undang-undang yang absah.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada cadangan itu akan mendapat undi majoriti.

Pengasas dan pengarah Adalah, Hassan Jabareen berkata, RUU itu bakal menimbulkan kekacauan apabila polis diberi kuasa untuk menggeledah mana-mana rumah penduduk Palestin secara sesuka hati.

“Mereka dapat memasuki rumah penduduk kerana di setiap kawasan kejiranan ada kejadian
tembakan atau pembunuhan,” katanya.

Kata beliau, situasi itu bermakna tiada kawalan kehakiman berhubung tindakan menggeledah rumah penduduk Palestin.

Sementara itu, pasukan keselamatan Israel dilaporkan menyerbu Gerbang Damsyik dan sekitar kawasan itu di timur Baitulmuqaddis pada hari kedua berturut-turut semasa cuti kebangsaan sempena sambutan
Maulidur Rasul.

Berdasarkan laporan media tempatan, ketegangan semakin meningkat di kawasan itu ketika pasukan keselamatan Israel mencederakan sekurangkurangnya 49 penduduk Palestin dan menahan 10 orang. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI