Pistol paling kecil di dunia dijual RM28,300 - Utusan Malaysia

Pistol paling kecil di dunia dijual RM28,300

REVOLVER saiz kecil yang ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. -SWISSMINIGUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SWITZERLAND: The Swiss Mini Gun memegang Rekod Dunia Guinness sebagai senjata revolver paling kecil di dunia dengan ukuran panjang 5.5 sentimeter (cm), 3.5 cm tinggi dan satu cm lebar serta berat 19.8 gram.

Senjata itu mempunyai semua ciri-ciri seperti pistol saiz sebenar walaupun saiznya jauh berbeza, lapor Oddity Central.

Pembuatannya hanya dapat dilakukan dengan menggunakan teknik dalam industri pembuatan jam tangan dan perhiasan jenama Swiss.

Model keluli tahan karat C1ST itu dilengkapi pemegang kulit bergaya, 24 katrij, 24 katrij kosong dan satu set pembersih.

Sarung itu mempunyai tali kunci yang boleh disangkut ke tali pinggang seperti aksesori.

Harga yang ditawarkan dalam laman web Swiss Mini Gun adalah AS$6,820 (RM28,300) untuk dieksport.

Walaupun Swiss Mini Gun mirip pistol normal lain, timbul pelbagai spekulasi mengenai senjata api itu.

Amerika Syarikat dan United Kingdom melarang pengimportan senjata itu kerana dibimbangi boleh membunuh atau mencederakan orang lain.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya