Peniaga bimbang Krabi tidak dapat sambutan pelancong asing - Utusan Malaysia

Peniaga bimbang Krabi tidak dapat sambutan pelancong asing

BANYAK peniaga di Krabi bimbang pulau itu tidak dapat sambutan pelancong asing kerana banyak perniagaan tidak mampu bangkit semula. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Wakil sektor perniagaan pelancongan di Krabi memaklumkan banyak peniaga tidak gembira dengan pengumuman kerajaan Thailand yang bakal membuka pintu sempadan secara penuh kepada pelancong asing bermula 1 November ini.

Hal ini kerana, banyak premis perniagaan tidak mampu untuk beroperasi semula selepas lama ditutup akibat pandemik Covid-19, selain kadar penduduk tempatan yang sudah mendapatkan suntikan vaksin masih rendah.

Katanya yang enggan mendedahkan identiti, ramai peniaga beranggapan tidak banyak pelancong asing akan masuk ke Thailand, terutamanya ke Krabi pada waktu ini.

Selain itu, bar yang tidak dibenarkan beroperasi dan banyak perniagaan kecil ditutup menjadikan Krabi tidak lagi semeriah dahulu, sekali gus bakal menurunkan jumlah kemasukan pelancong.

“Ketika ini, pelancong tempatan yang datang ke Krabi juga mengadu tidak banyak aktiviti yang mereka boleh lakukan kerana banyak bar masih ditutup, selain peniaga hanya mahu membuka perniagaan selepas banyak pelancong datang.

“Peniaga kecil juga tidak mampu untuk menghidupkan semula perniagaan mereka kerana sudah kehabisan duit semasa perintah berkurung dilaksanakan di seluruh negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, hanya 31 peratus penduduk Krabi sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 iaitu di bawah 152,000 daripada 600,000 orang.

Pihak berkuasa Thailand sebelum ini menyatakan pusat pelancongan boleh dibuka semula sekiranya kadar vaksinasi sudah mencapai 70 peratus.

Sehubungan itu, banyak pihak di Krabi bimbang jika mereka tidak mampu untuk menyahut seruan kerajaan, sekali gus menyebabkan banyak peniaga pelancongan di pulau itu tidak menyambut baik pengumuman yang dibuat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya