BANGKOK: Seorang wanita Thailand yang tinggal di sebuah kondominium bertindak memotong tali keselamatan semasa dua tukang cat berada di tingkat 26 sehingga mendatangkan risiko bahaya kepada mereka.
Lapor AP, Ketua Balai Polis Pak Kret, Kolonel Pongjak Preechakarunpong berkata, akibatnya wanita itu menghadapi pertuduhan membunuh dan merosakkan harta benda.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan punca sebenar wanita itu memotong tali tersebut.
Media Thailand melaporkan berkemungkinan wanita itu berang apabila pekerja penyelenggaraan berada di luar biliknya.
Difahamkan, dia tidak diberitahu tentang proses pengecatan yang akan dilakukan semula.
Sedangkan, pihak pengurusan kondominium sudah menampal pengumuman akan melakukan kerja penyelenggaraan tersebut, 12 Oktober lalu.
Sebuah video tersebar dalam media sosial menunjukkan dua pengecat itu terpaksa meminta bantuan penghuni di tingkat 26 membuka tingkap bagi membolehkan mereka masuk ke dalam.
Salah seorang pengecat bernama Song yang merupakan warga Myanmar memberitahu mereka berdua turun dari tingkat 32 untuk membaiki keretakan bangunan.
Ketika sampai di tingkat 30, dia merasakan tali penyelamat itu menjadi berat dan apabila menoleh ke bawah melihat seorang penghuni membuka tingkap dan memotong tali dari tingkat 21.
Pihak pengurusan kondominium menemani dua pekerja itu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.