Pembantu pengarah filem tidak tahu pistol digunakan Baldwin ada peluru - Utusan Malaysia

Pembantu pengarah filem tidak tahu pistol digunakan Baldwin ada peluru

ALEC BALDWIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW MEXICO: Pembantu pengarah filem didakwa menyerahkan pistol kepada aktor Alec Baldwin untuk digunakan dalam penggambaran selepas menyangka senjata itu selamat.

Berdasarkan dokumen mahkamah, pembantu pengarah itu, Dave Halls tidak mengetahui pistol yang digunakan sebagai prop itu mengandungi peluru hidup dan memaklumkan kepada kru bahawa senjata itu kosong.

Seorang daripada kru iaitu pengarah sinematografi, Halyna Hutchins maut terkena tembakan pada bahagian dada dalam set penggambaran filem ‘Rust’.

Pengarah filem tersebut, Joel Souza yang berada di belakang Hutchins ketika kejadian itu berlaku, mengalami kecederaan.

Pengarah berusia 48 tahun itu dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital.

Polis kini giat melakukan siasatan dan beberapa barang bukti termasuk pakaian yang dipakai Baldwin yang mempunyai kesan darah turut diambil.

Aktor berusia 63 tahun itu turut disoal siasat polis dan sehingga kini, tiada mana-mana pihak ditahan berhubung insiden tersebut.

Terdahulu, Baldwin menzahirkan rasa terkejut dan dukacita selepas dia tidak sengaja tertembak Hutchins.

“Tiada perkataan yang boleh gambarkan perasaan saya ketika inni. Apa yang berlaku amat dahsyat,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya