Pasaraya di Nebraska cipta rekod sediakan sandwic aiskrim terbesar dunia - Utusan Malaysia

Pasaraya di Nebraska cipta rekod sediakan sandwic aiskrim terbesar dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah pasaraya di Nebraska, Amerika Syarikat (AS) berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness dengan menyediakan sandwic aiskrim seberat 1,342 kilogram (kg).

Lapor portal UPI, pasaraya Hy-Vee di Plattsmouth memaklumkan seramai 30 pekerja bertungkus lumus selama lima jam untuk menyediakan hidangan tersebut.

Dilaporkan, sandwic aiskrim yang disediakan itu berjaya mengatasi berat sasaran sebanyak 226.79kg.

Terdahulu, Rekod Dunia Guinness menetapkan sasaran pada 1,115kg bagi hidangan tersebut untuk memecahkan rekod dunia.

Seorang wakil dari agensi antarabangsa itu berada di lokasi tersebut untuk mengesahkan rekod dicapai pasaraya berkenaan.

Sandwic aiskrim itu kemudian dipotong kepada beberapa bahagian dan disumbangkan kepada Food Bank of Lincoln dan Food Bank for the Heartland. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.