LONDON: Sepasang suami isteri terkejut selepas mendapati rumah baharu yang dibeli oleh mereka pada harga murah sebenarnya merupakan kediaman yang menjadi inspirasi pembikinan filem seram, The Exorcist.
Ia membabitkan adegan seorang paderi Kristian melakukan exorcism (upacara menghalau roh jahat) terhadap seorang remaja lelaki.
Beberapa kejadian seram itu memberi inspirasi penghasilan filem The Exorcist pada 1973 serta novelnya yang paling laris pada 1971.
Lapor Daily Star, Danielle Witt dan Ben Rockey-Harris pada mulanya menemukan rumah tiga bilik itu pada tahun lalu.
Mereka mendakwa rumah tersebut hanya berharga sebanyak AS$377,000 (RM1.5 juta), jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran AS$500,000 (RM2.09 juta).
MailOnline melaporkan, pasangan itu menyangka mendapat tawaran harga yang murah lalu teruja membeli rumah tersebut pada Ogos lalu tanpa usul periksa.
“Namun, pasangan itu kemudian mendapat tahu mengenai sejarah rumah yang mengerikan dalam talian,” jelas laporan itu.
Sementara itu, pasangan berkenaan memberitahu mereka tidak berasa takut dengan sejarah rumah terbabit.
Namun, pemilik itu memandang serius mengenai peristiwa pelik yang berlaku di rumah tersebut. – AGENSI










