fbpx

6 Disember 2021, 1:05 pm

  TERKINI

NASA yakin dapat halang asteroid serang bumi

GAMBARAN pelukis dari University of Warwick dan University of Cambridge mengenai asteroid berbatu hancur akibat tekanan graviti kuat.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Kajian terbaru Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) menunjukkan tembakan nuklear pada asteroid kecil di laluan pelanggaran dengan bumi dapat menghalang 99 peratus serangan batu angkasa itu terhadap planet ini.

Pusat Kajian Objek Jarak Dekat Bumi NASA menjalankan kajian setiap dua tahun sekali di Makmal Pendorong Jet di California mengenai simulasi terhadap kesan asteroid, lapor Daily Mail.

Dalam senario kali ini, asteroid fiksyen 100 meter dikenali dengan PDC 2021, tidak dapat dikesan sehingga enam bulan sebelum melanda planet ini serta tidak mempunyai masa mencukupi untuk menghantar kapal angkasa untuk menariknya.

Bagaimanapun, penyelidikan terkini oleh Johns Hopkins University di Baltimore, Maryland mendapati letupan megaton nuke yang meletup di permukaan asteroid akan menghancurkannya tanpa meninggalkan ribuan serpihan besar yang menuju ke bumi.

“Sekiranya kita menggunakan teknik serangan nuklear yang kuat iaitu sekurang-kurangnya sebulan sebelum hentaman, kita dapat mencegah 99 peratus atau lebih jisim asteroid yang menyerang bumi,” kata penulis utama kajian, Patrick King.

Idea itu pernah ditunjukkan dalam filem Hollywood paling terkenal 1998, Armageddon apabila Bruce Willis dan kru angkasa lepas dihantar untuk menghancurkan asteroid raksasa.

Pasukan penyelidik Johns Hopkins University pula percaya tindakan itu mencukupi dengan hanya melepaskan tembakan ke arah asteroid dari tanah, tidak seperti dalam filem tersebut.

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI