NEW DELHI: Sebuah video yang memaparkan seekor monyet liar berkeliaran di ruang menunggu orang kenamaan (VIP lounge) di lapangan terbang di India, menjadi tular dalam laman media sosial.
Lapor portal UPI, penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, Delhi merakam video tersebut.
Video itu dirakam ketika monyet liar menceroboh ruang menunggu lapangan terbang berkenaan pada Jumaat lalu.
Menerusi paparan video itu, monyet liar tersebut dilihat mencuri minuman jus buah-buahan dari kaunter bar.
Sementara itu, pihak pengurusan lapangan terbang mengesahkan monyet itu telah dikeluarkan dengan selamat dari bangunan.
“Tiada kecederaan berlaku pada monyet atau penumpang ketika mengeluarkan haiwan itu dari bangunan,” jelasnya. – AGENSI










