Manusia punca pemanasan global - Utusan Malaysia

Manusia punca pemanasan global

KAJIAN menunjukkan lebih 99.9 peratus bersetuju pemanasan global berpunca daripada perbuatan manusia. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian yang menganalisis puluhan ribu kertas kerja perubahan iklim mendapati lebih 99.9 peratus bersetuju pemanasan global berpunca daripada perbuatan manusia.

Lapor Daily Mail, secara keseluruhan sebanyak 88,125 kaji selidik yang diterbitkan dari 2012 hingga 2020, diteliti oleh sekumpulan pakar di Universiti Cornell di Ithaca, New York.

Tujuan kajian itu diadakan bagi mengenal pasti jumlah kertas kerja yang mengaitkan aktiviti manusia dengan perubahan iklim serta konsensus dicapai mengenai perkara tersebut.

Ia berdasarkan kertas kerja 2013 yang menganalisis semua dokumen sains iklim yang diterbitkan antara 1991 dan 2012.

Kajian itu mendapati sebanyak 97 peratus konsensus dicapai berhubung isu tersebut.

“Kami pasti konsensus kini sudah melebihi 99 peratus,” kata pengarang, Mark Lynas.

Penemuan itu dibuat ketika United Kingdom (UK) bakal menjadi tuan rumah untuk Persidangan Perubahan Iklim COP26, dari 1 hingga 12 November depan.

Dalam persidangan itu, para pemimpin dunia akan berbincang dan dijangka memeterai perjanjian baharu yang bertujuan memastikan suhu global terkawal.

Kumpulan pakar itu meneliti sebanyak 3,000 sampel secara rawak daripada 88,125 kertas kerja iklim berbahasa Inggeris yang disiarkan dari 2012 hingga 2020.

Mereka mendapati hanya empat daripada 3,000 kertas kerja atau kira-kira 0.14 peratus melaporkan skeptikal mengenai perubahan iklim disebabkan perbuatan manusia.

“Kami tahu bilangan ini sangat kecil berbanding kejadiannya, namun kami rasa masih banyak lagi dalam 88,000 kertas kerja iklim,” kata Lynas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya