Manny Pacquiao serah pencalonan - Utusan Malaysia

Manny Pacquiao serah pencalonan

MANNY Pacquiao (kanan) dan Lito Atienza menunjukkan borang pencalonan bertanding jawatan Presiden dan Naib Presiden di Manila. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Senator Emmanuel Manny Pacquiao dan Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Fi­lipina, Jose Lito Atienza mengemukakan pencalonan (CoC) sebagai calon Presiden dan Naib Presiden mewakili parti The Probinsya Muna Development Initiative (Promdi).

Pacquiao dan Atienza menghantar pencalonan itu di Harbor Garden Tent Sofitel di bandar Pasay.

Petinju Fillipina itu ditemani isterinya, Jinkee dan Pengerusi Partido Demokratiko Pilipino-Lakas ng Bayan (PDP-Laban), Senator Aquilino Pimentel.

Suruhanjaya Pilihan Raya (Comelec) memaklumkan, Pacquiao merupakan calon Presi­den pertama yang mengemukakan pencalonan tersebut.

Senator itu mengumumkan persaraannya daripada dunia tinju beberapa minggu selepas beliau mengisytiharkan sebagai ketua sayap parti PDP-Laban Pimentel.

Sementara itu, selain Pacquiao, tiga calon bebas lain turut mengemukakan pencalonan sebagai Presiden kepada Comelec.

Bekas Speaker Taguig-Pateros, Alan Peter Cayetano pula mengumumkan tidak akan bertanding merebut jawatan Presiden dalam pilihan raya kali ini.

Katanya, dia tidak mahu memecahbelahkan negara kerana kesatuan adalah sangat penting pada masa sekarang.

Jurucakap Comelec, James Jimenez berkata, beberapa calon Senator turut mengemukakan pencalonan antaranya, perwakilan Antique, Loren Legarda; bekas Gabenor Samar, Lutgardo Barbo; bekas Datuk Bandar Pagsanjan, Abner Afuang dan peguam kebajikan haiwan, Norman Marquez.

Legarda adalah individu pertama mengemukakan permohonan itu sebagai Senator.

Bagi senarai pendaftaran parti politik, sekurang-kurangnya 10 parti sudah mengemukakan permohonan seperti AGAP, Kabayan, Alona, TODA dan Ke­satuan Pekerja Demokratik.

Jimenez berkata, pencalonan CoC adalah proses permulaan menentukan senarai nama calon bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN