Lelaki pecah rekod miliki ginjal terbesar - Utusan Malaysia

Lelaki pecah rekod miliki ginjal terbesar

BUAH pinggang Warren Higgs membesar selepas menderita penyakit ginjal polikistik. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki berjaya menjalani pembedahan membuang buah pinggang yang terlalu besar sehingga mengganggu organ dalaman lain.

Lapor Mirror, Warren Higgs, 52, dari Windsor menderita penyakit ginjal polikistik (PKD) yang menyebabkan organ itu terus membesar sehingga 45 kilogram.

Keadaan itu menyebabkan dia tidak dapat bergerak dan mengalami kesakitan berterusan sehingga lumpuh sebelah badan selepas ditimpa tiga kali strok.

Buah pinggangnya menjadi semakin besar sehingga mengganggu jantung, paru-paru dan perutnya.

Higgs berkata, buah pinggang di sebelah kiri membesar dari 27 kepada 42 sentimeter (cm), manakala, belah kanan dari 28 ke 49 cm.

Pakar bedah memberitahu dia mencipta rekod baharu kerana ukuran ginjal paling berat di dunia.

Lelaki itu kini dalam proses pemulihan tetapi berdepan dengan proses dialisis yang meletihkan.

“Operasi pembedahan berjalan baik dan beransur pulih. Saya dimaklumkan ada kemungkinan 50/50 saya boleh mati akibat pembedahan itu, namun akhirnya berjaya.

“Tetapi apa yang memenatkan sekarang adalah perlu menjalani rawatan dialisis,” luahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN