Lelaki ditahan polis kerana salah pakai jenis pelitup muka - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan polis kerana salah pakai jenis pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Polis Perancis menahan seorang lelaki Britain yang menaiki kereta api Eurostar kerana didakwa mengenakan jenis pelitup muka yang salah.

Kejadian itu berlaku ketika kereta api tersebut dalam perjalanan dari Perancis menuju ke London.

Lapor The Sun, polis menahan penumpang lelaki berusia 40-an yang dipercayai berasal dari Liverpool, England.

Serbuan polis itu berlaku selepas kereta api Eurostar 9031 meninggalkan stesen Paris Gare du Nord pada Khamis lalu.

“Saya tidak melakukan sebarang kesalahan, malah saya mematuhi semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Saya tidak pasti apa yang sedang berlaku namun seorang kakitangan Eurostar menuduh saya tidak memakai jenis pelitup muka yang betul,” katanya ketika dibawa oleh polis.

Selepas ditahan, penumpang lelaki itu diturunkan di stesen kereta api Lille, utara Perancis.

Lelaki itu diiringi oleh lapan anggota polis dan kemudian dibiarkan di stesen tersebut ketika kereta api meneruskan perjalanan ke England.

Sementara itu, seorang pengurus wanita dari Eurostar mengesahkan dia melaporkan penumpang lelaki itu mengenakan jenis pelitup muka yang salah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya