Lelaki cacat tangan masak nasi goreng guna robot - Utusan Malaysia

Lelaki cacat tangan masak nasi goreng guna robot

TANGKAP layar video menunjukkan bagaimana Dastardi menggunakan mesin khas untuk memasak nasi goreng di gerainya di Malang, Jawa Timur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALANG: Memasak nasi goreng bagi golongan kelainan upaya menjadi cabaran berbanding mereka yang normal.

Namun, kekurangan itu tidak menghalang seorang peniaga, Dastardi menyediakan nasi goreng yang lazat dan digemari pelanggannya.

Bagi mengatasi kekurangan itu, Dastardi menghasilkan sejenis mesin yang berfungsi sebagai ‘tangan’ untuk membantunya menggoreng nasi.

Kisah Dastardi menggoreng nasi menggunakan mesin atau robot itu menjadi tular dalam media sosial selepas videonya menyediakan juadah tersebut dimuat naik oleh seorang daripada pelanggannya.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna aplikasi TikTok dengan nama @revan.z22 menunjukkan bagaimana Dastardi menggunakan mesin tersebut untuk menyediakan nasi goreng.

Pengguna media sosial tersebut atau nama sebenarnya, M Soleh memberitahu, nasi goreng yang disediakan Dastardi sangat lazat, selain dihidangkan dalam kuantiti yang banyak.

“Pakcik Dastardi mengalami kemalangan sehingga tangannya cedera parah dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Nasi goreng yang disediakan oleh pakcik Dastardi masih enak walaupun dimasak menggunakan mesin,” katanya.

Jelas Soleh, mesin tersebut dihasilkan daripada keluli tahan karat dan sesuai untuk menggaul nasi goreng.

Sementara itu, Dastardi gembira apabila nasi gorengnya mendapat sambutan yang menggalakkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.